Thursday 10 October 2013

Kawanku Ven Suci

Seorang guru yang bernama SIR VEN SUCI 

by Cikgu Ruby


     Bercita-cita menjadi seorang guru adalah mudah tetapi bercita-cita untuk menjadi guru yang inovatif, kreatif, produktif  dan proaktif bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan. Guru seperti ini sanggup mengenepikan hal2 kepentingan peribadi dan sentiasa mendahulukan kepentingan pelajar2nya.. tak ramai guru2 seperti ini....tetapi lain pula halnya dengan seorang guru yang bernama Venkateswaran a/l Ramaiah atau lebih terkenal dengan nama Ven Suci. Sesuai dengan gelaran "SUCI" - beliau sememangnya amat suci serta mempunyai niat yang murni untuk memberi yang TERBAIKKK kepada anak2 muridnya.
Ven Suci atau nama penuh beliau Venkateswaran a/l Ramiah adalah seorang guru matematik yang banyak pengalamannya. Beliau adalah guru yang cukup disenangi dan disayangi bukan kerana beliau seorang guru tetapi beliau adalah seorang yang amat mesra, dermawan serta tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Ven seorang yang "lawak" & "penuh dgn jenaka".
Beliau amat berdedikasi, komited dan sentiasa mengambil berat tentang pelajaran pelajar2nya. Akhlak pelajar2 dijaga dengan sepenuhnya di mana setiap pelajarnya dikehendaki menghormati ibu bapa, guru dan sentiasa menjaga perilaku mulia.
     Tagline Ven ialah 'SYURGA' & 'SUCI...seseorang itu harus suci untuk membolehkan mereka mendapat nikmat syurga. Itulah falsafah Ven. Itulah sebab beliau dikenali sebagai 'VEN SUCI' Katanya kereta VIOS yang dipandunya bermaksud Ven Ialah Orang Suci.
       Bersifat ceria dan sentiasa penuh dengan humour.. kelakarnya pasti memecahkan suasana...setiap kata2nya mengundang deraian tawa kpd si pendengar..
       Tapi dalam lawak dan tawanya..terselit naluri halus yang ada kalanya melukakan hatinya...Sir Ven Suci adalah seorang yang amat sensitf dalam menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Beliau ikhlas dan sentiasa memikirkan bagaimana beliau dapat membantu...


Apa yang saya kagumi tentang Cikgu Ven ialah kesanggupan beliau melibatkan diri dalam menganjur aktiviti2 di masjid walaupun beliau adalah seorang yang bukan beragama Islam. Kesungguhannya dalam penganjuran aktiviti2 seperti kem motivasi, kelas2 tambahan dan aktiviti gotong royong seolah2 telah menjadi satu tradisi di Masjid Muadz di Setiawangsa Kuala Lumpur

Seorang isteri sahaja tau...!!

 Alahai... Asrol dan Sir Ven posing cemginilah pulak..!

1MALAYSIA....!!!