Tuesday 3 July 2012

DA'VEN CODE -Sir Ven Suci guru inovatif,kreatif,proaktif & produktif


     Bercita-cita menjadi seorang guru adalah mudah tetapi bercita-cita untuk menjadi guru yang inovatif, kreatif, produktif  dan proaktif bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan. Guru seperti ini sanggup mengenepikan hal2 kepentingan peribadi dan sentiasa mendahulukan kepentingan pelajar2nya.. tak ramai guru2 seperti ini....tetapi lain pula halnya dengan seorang guru yang bernama Venkateswaran a/l Ramaiah atau lebih terkenal dengan nama Ven Suci. Sesuai dengan gelaran "SUCI" - beliau sememangnya amat suci serta mempunyai niat yang murni untuk memberi yang TERBAIKKK kepada anak2 muridnya.
   Bersifat ceria dan sentiasa penuh dengan humour.. kelakarnya pasti memecahkan suasana. Bukan sahaja sifatnya yg menyenangkan, beliau adalah seorang yang dermawan. Pantang ada pelajar yang susah, pasti beliau tak senang duduk kalau tak dapat membantu.. bantuan sentiasa dihulur tanpa memikirkan poketnya tebal atau nipis.. beliau akan cuba untuk membantu setakat kemampuannya..itulah Cikgu Ven seorang guru matematik dan matematik tambahan .
  
                       

Atas usaha murninya, Cikgu Ven telah membukukan ilmu matematiknya dalam sebuah buku
 DA'VEN CODE - ADD MATHS SPM: PAPER 1 - VEN SUCI

                       

Sir Ven Suci - seorang guru yang produktif, inovatif dan kreatif




Cerita-cerita menarik tentang guru yang "UNIK" ini ada di sini:

Monday 2 April 2012

Tuesday 31 January 2012